Buku Yang Ketiga Untuk Tahun 2022:Misi Teroka Lautan dan Angkasa
Misi Teroka Lautan dan Angkasa
Tarikh baca:15/1-16/1
Sinopsis di belakang buku:
Aizad dan Zahid terperangkap di dasar laut?Zahid dan kawan-kawan akan mengikuti lawatan sekolah ke pantai. Namun, Zahid tidak mahu menyertai lawatan itu kerana mereka diwajibkan melakukan aktiviti menyelam ke dalam laut.
Aizad dan Kimi berusaha memujuk Zahid supaya sertai lawatan itu, tetapi Zahid menolak dengan tegas.
Aizad mengajak Zahid melakukan simulasi pengembaraan di dasar laut menggunakan gajet realiti maya ('virtual reality').
Zahid bersetuju dan mereka memulakan kembara di dasar laut secara maya. Semasa sedang menjelajah, berlaku satu insiden yang mengancam nyawa dua kawan baik itu.
Misi Teroka Angkasa
Tarikh baca:15/1-16/1Fizi berjumpa kawan baru di angkasa lepas?
Fizi menjumpai permainan realiti virtual (VR) yang disembunyikan oleh Aizad. Dia membuka kotak permainan itu dan teruja apabila mendapati ada program simulasi ke angkasa lepas.
Dia memulakan program simulasi dan bertemu Al-MIS1, sebuah robot humanoid kecerdasan buatan (AI). Al-M1S1 berfungsi membantu Fizi mengembara ke lohong hitam yang paling hampir dengan Bumi, iaitu HR-6891.
Mereka memulakan penjelajahan ke angkasa lepas dan menempuh banyak halangan sepanjang perjalanan ke lohong hitam.
*Buku ini saya beli dengan harga Rm 29 dengan besertakan cenderahati iaitu mug coaster dan penanda buku.
Buku ini menggabungkan komik dengan fakta.Dan sebab itulah saya tertarik untuk membelinya.Sejak daripada saya sekolah rendah,saya meminati buku daripada misi.Komiknya yang sangat bagus dari segi watak,dialog dan semuanya menarik perhatian saya untuk sentiasa membaca dan seterusnya membeli setiap komik dari Misi.Komik Misi ini memberi semangat kepada saya untuk sentiasa bersemangat semasa saya mengambil peperiksaan besar dahulu.
Sekian sahaja sinopsis ringkas berkaitan buku Komik Misi Teroka Lautan dan Angkasa.


.jpg)

Ulasan
Catat Ulasan