Buku pertama Tahun 2022: Ketika Hati Berfatwa

 

Ketika Hati Berfatwa dari Serban Putih & Teruntuk Langit Yang Bercanda dari Jiwa

1/2022

Tarikh mula baca:27/12/2022

Tarikh habis baca:   8/1/2022


Alhamdullilah,Buku yang pertama Bulan ni,Buku yang sangat memberi pelbagai input terutamanya nasihat kepada diri yang lemah ini.

Buku ini terbahagi kepada beberapa bab iaitu Kisah-kisah untuk direnung jiwa,Puisi untuk kesedaran,Berfatwalah dengan hatimu dan Tulisan yang bermanfaat.

Saya kongsikan sedikit kisah didalam Buku Ketika Hati Berfatwa berkaitan Redha 


REDHA


Seorang ulama ditanya oleh anak muridnya tentang redha; "Wahai Syeikh, apakah seorang hamba boleh merasakan Allah SWT redha kepadanya?"


Maka gurunya menjawab; "Tidak boleh. Mana mungkin dapat rasa redha Allah SWT sedangkan hal itu adalah ghaib?"


Anak muridnya berkata, "Aku katakan, redhaNya itu bolch dirasai." Gurunya bertanya, "Bagaimana caranya?"


"Jika hati ini redha kepadaNya. Maka pasti Dia redha juga redha kepadaNya." Mendengar jawapan ini, gurunya memuji sambil berkata; "Bagus sekali jawapan mu!"


"Barang siapa yang redha, maka keredhaan itu untuknya."

(HR Timirzi)


10 Diskusi in direkod oleh Imam Qusyairi dalam kitabnya Risalah al Quiyayriyyah ketika beliau membahas bab redha.




Dan dibawah ini puisi berkaitan sendiri dari buku Teruntuk Langit Yang Bercanda 


Yang tersenyum di bumi tapi paling banyak menangis di langit,


meski dimata manusia yang terlihat cuma jelmaan senyumannya, tapi perasaan sebaliknya tiada siapa yang tahu.


Mungkin kepercayaan itu menghilang kepada manusia yang tidak akan pernah mencerna lukanya yang dalam.


Malah mereka menghukum kelemahan itu seakan berdosa, atau kepada manusia yang pernah berjanji setia untuk memujuk di sisi tetapi berangkat akhirnya.


Maka dia jadikan langit sebagai bentangan ceritanya.


Hanya kepada Dia yang sentiasa ada untuk mendengari, untuk menemani, yang benar memahami dari seluruh semesta.

credit to  @mustaqim.jiwa

Puisi ini dari buku Mustaqim Jiwa iaitu Teruntuk Langit Yang Bercanda mungkin😣sebab tak jumpa pula puisi dari mana saya ambilnya.Tukar puisi dah ambik yang ada dalam buku ini.


Akhir Sekali,Semoga dengan membaca buku ini dapat meningkatkan ilmu pengetahuan dan iman.

Pelbagai cerita yang dapat diketahui dari buku Teruntuk Langit Yang Bercanda dari @Mustaqim Jiwa dan Ketika Hati Berfatwa by @Serban Putih

Dari Buku:Ketika Hati Berfatwa dan Teruntuk Langit Yang bercanda 

#bukusknhsham

Ulasan

Catatan Popular